Selasa, 27 September 2011

apakah hukum mempelajari ruqiyah?

Hukumnya ialah fardu kifayah.....bagi setiap Muslim jikalau ada dikalangan mereka yang telah mempelajari dan mahir dengan Ruqiyah Al Quran .Tetapi jikalau tidak ada sesiapa pun yang mengatahui dan mahir tentangnya maka hukumnya fardu ain . Kenapa hukumnya menjadi wajib ? kerana :
1) amar maaaruf nahi mungkar
Yang di maksudkan amar maaruf nahi mungkar menghalang bomoh mensyirikkan Allah S.W.T. satu pekara amat di benci Allah S.W.T  orang Islam kena benci yang Allah S.W.T benci dan amar makruf nahi mungkar wajib bagi Muslim.
2)Menolong sesama Muslim adalah wajib
Firman Allah yang bermaksud :Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara. (surah Al hujurat)
Sabda Rasulullah S.A.W  mafhumnya:Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi...
maka atas dasar ini,hukum itu menjadi wajib..

Sabtu, 30 Julai 2011

Keistimewaan ayat Al-Kursi

Terdapat banyak keistimewaan membaca ayat Al-Kursi.Berikut antara yang boleh  dijadikan pedoman.


1) Di dalam Kitab Assarul Mufidah menerangkan, sesiapa yang mengamalkan ayat kursi setipa hari sebanyak 18 kali, insya'Allah akan dibukakan dadanya dengan berbagai-bagai hikmah, dimurahkan rezeki, dinaikkan martabat atau darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya.Malah seseorang itu akan terpelihara dari segala bancana dengan izin Allah.

2) Dari Anas bin Malik r.a berkata, "Rasullullah s.a.w bersabda, " Apabila seseorang dari umat ku  membaca ayat kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh Al-Quran sebanyak 3 kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.

3) Sesiapa yang membaca ayat kursi selepas sembahyang fardhu, tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
 
4) Sesiapa yang membaca ayat kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu pagi dan petang setiap kali kaluar dan masuk rumah atau ketika bermusafir insya'Allah akan terpelihara dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anank-anak dan harta bendanya.
5) Abdul Rahman bin Auf menerangkan apabila dia masuk ke rumah dibacakan ayat kursi pada 4 penjuru rumah dan mengharapkan ia menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

6) Syeikh Al-Buni menerangkan : Sesiapa yang membaca ayat kursi sebanyak hitungan hurufnya (170  huruf), maka insya'Allah tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal,  ,malah menunaikan segala hajt,melapangkan fikiran, dimudahkan rezeki, menghilangkan kedukaan dan diberikan apa yang dituntut.

7) Syeikhul kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menjelaskan, sesiapa yang membaca ayat kursu sebanyak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari demi Allah, demi Rasul, demi Al-Quran yang mulia tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksudkan dan diberi pengaruh kepada manusia ( dari Kitab Khawasul Quran ).

8) Imam Jaafar Shadiq r.a menjelaskan sesiapa membaca sekali ayat kursi nescaya Allah akan menghindarinya 1000 kesukaran duniawi yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1000 kesukaran ukhrawi yang terkecil sekali azab api neraka.

9) Jika berpindah ke rumah baru disarankan pada malam pertama menduduki rumah tersebut, dibacakan ayat kursi dengan harapan Allah melindungi diri dan keluarga dari sebarang gangguan lahir dan batin.

10) Mereka yang membaca ayat kursi ketika dalam kesempitan insya'Allah akan mendapat bantuan dari Allah.

11) Mereka yang membaca ayat kursi di akhir solat tidak menegah akannya untuk masuk syurga kecuali maut dan sesiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara diri,rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah di sekitarnya.

12) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk akan menyebabkan jin dan syaitan terbakar.

13) Mengamalkan bacaan ayat kursi akan memberikan keselamatan dalm perjalanan.

Khamis, 7 April 2011

Fadhilat Membaca Dan Mendengar Al-Quran


# Dapat menghilangkan kekotoran hati dengan banyak berzikir, banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.
# Orang yang membaca Al-Quran dan berzikir akan dikunjungi para malaikat dan syaitan tidak akan memasuki rumah yang sentiasa didengari Al-Quran dan berzikir. Ahli keluarga rumah tersebut akan dilindungi dari gangguan syaitan.
# Orang yang berzikir atau berzikir di dalam kumpulan dan ikhlas kepada Allah akan dipuji oleh Allah. Mereka juga akan dilimpahi rahmat oleh Allah.
# Orang yang membaca, mendengar Al-Quran, berzikir dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, akan dilapangkan dadanya dan ditenteramkan hatinya daripada masalah-masalah dunia.
# Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, nescaya Allah akan sentiasa bersamanya dan orang tersebut akan lebih khusyuk beribadah kepada Allah
# Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat pengajian atau ibadah dengan ikhlas hatinya, maka dia dapat mendidik nafsunya ke arah jalan kebaikan dan diredhoi Allah.
# Memperolehi pahala dan rahmat Allah dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, Dalam masa yang sama Allah akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman orang tersebut. Al-Quran dan berzikir merupakan penawar bagi hati yang paling mustajab.
*Berpesan-pesanlah dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Kelebihan Orang Yang Membaca Al-Quran

Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.” (Muslim)
Allah SWT berfirman : “Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekelian alam.” (Al-Waaqiah: 77-80).
Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al-Quran adalah amat perlu dititikberatkan karena melalui Al-Quranlah Allah memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya untuk mencapai keredhaan dan keselamatan. Dan kerana Al-Quran pula Allah mengeluarkan hamba-hamba-Nya daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Oleh itu Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Bukhari, Abu Daud, Tarmizi).
Kebaikan membaca al-Quran amat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca Al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca Al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap) maka baginya dua pahala. Sesungguhnya orang yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca Al-Quran.
Ibnu Abbas ra menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda : “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat Al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.”